Maulana Abdullah Amir menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran dan memperoleh syahadah hafiz di Madrasah Miftahul Ulum, Seri Petaling. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian dalam bidang hadis melalui pengajian Daurah Hadis Kutub Sittah, termasuk kitab Muwatta’ Imam Malik dan Muwatta’ Imam Muhammad. Beliau pernah dilantik sebagai Panel Penyelidik Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Sembilan. Sejak tahun 2020, beliau berkhidmat sebagai tenaga pengajar Pengajian Alim di Maahad Tahfiz as-Salihin, Sikamat. Pada tahun 2023, beliau turut dilantik sebagai Panel Penyelidik Hadis JAKIM.


