
Soalan Lazim
01 Saya seorang pemula. Adakah pengisian FTIM 2026 sesuai untuk seseorang yang latar belakang pengajian Islamnya terhad?
Ya, sangat sesuai. Meskipun mengangkat kitab turath muktabar seperti Al-Hikam, pengisian disampaikan oleh para ulama dan tokoh terkemuka dengan pendekatan syarahan yang mendalam tetapi mudah difahami, bersesuaian untuk pelbagai lapisan masyarakat termasuk pemula dan pencari ilmu.
02 Saya tidak boleh berbahasa Arab, bolehkah saya mengikuti pengisian FTIM 2026?
Sepanjang sesi daurah, teks terjemahan akan dipaparkan secara langsung pada skrin utama bagi memudahkan peserta mengikuti dan memahami pengajian dengan lebih baik.
03 Adakah makanan disediakan untuk peserta?
Baucar makanan harian disediakan buat peserta yang mendaftar dan mengesahkan kehadiran mengikut sesi. Baucar makanan harian adalah terhad, mengikut siapa cepat dia dapat.
04 Adakah peserta akan mendapat cenderahati?
Peserta yang mengesahkan kehadiran terawal setiap hari bermula 14–18 September akan mendapat beg cenderahati. Jumlah adalah terhad.
Hadiah istimewa juga disediakan buat peserta-peserta yang berjaya melengkapkan cap di semua kawasan acara utama festival. Hadiah adalah terhad.
05 Adakah sijil akan disediakan untuk penyertaan festival?
Sijil pengajian akan disediakan untuk peserta yang mendaftar dan mengesahkan kehadiran sewaktu sesi-sesi Daurah. Sijil akan dihantar terus kepada e-mel yang didaftar selepas selesai festival.
06 Saya ingin membawa anak-anak ke FTIM 2026, adakah aktiviti yang sesuai untuk keluarga?
Ya. Selain majlis ilmu dan Daurah Al-Hikam di dewan utama, terdapat pelbagai aktiviti kekeluargaan dan pengisian bermanfaat seperti Festival Buku Islami (FBI), Bazaar Turath, Pameran Khas Busana Turath, serta Konsert Alunan Mahabbah pada waktu malam yang terbuka kepada semua peringkat umur.
07 Di manakah tempat menginap yang sesuai untuk mengikuti FTIM 2026?
Bagi kemudahan penginapan sepanjang festival, peserta boleh menikmati kadar istimewa RM280 nett (harga asal RM470) untuk bilik Deluxe Twin beserta sarapan bagi dua orang di hotel rasmi, The Everly Putrajaya, bagi tempoh 13 hingga 19 September 2026.
Tempahan boleh dibuat menerusi laman sesawang rasmi mereka di theeverlyputrajaya.com dengan menggunakan kod promo Turath2026.
Untuk pilihan penginapan lain di sekitar Masjid Putra, sila rujuk halaman Senarai Penginapan FTIM 2026 .
Bagi peserta yang telah membuat tempahan di Concorde Hotel dan Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam, boleh hubungi pihak hotel untuk memohon pembatalan tempahan.
Bagi yang belum membuat bayaran, pembatalan boleh dibuat tanpa sebarang caj. Untuk peserta yang telah membuat bayaran, pihak hotel akan memulangkan semula nilai tempahan tetapi mengenakan caj 10%.
Peserta juga dibenarkan beriktikaf di Dewan Solat Terrace, Paras C2, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
08 Bagaimanakah cara untuk ke festival dengan memandu atau melalui pengangkutan awam?
Peserta yang memandu boleh menuju ke Masjid Putra, Putrajaya menggunakan navigasi Google Maps/Waze dan meletakkan kenderaan di kawasan tempat letak kereta yang disediakan berhampiran.
Bagi peserta yang menggunakan pengangkutan awam boleh menaiki MRT Laluan Putrajaya hingga stesen Putrajaya Sentral (PY14) atau KLIA Transit hingga stesen Putrajaya & Cyberjaya (KT3), kemudian menyambung perjalanan ke Putra Square menerusi perkhidmatan Van Penghubung Stesen yang boleh ditempah melalui aplikasi Rapid On-Demand.
09 Bolehkah kaum wanita yang uzur mengikuti pengajian FTIM 2026?
Peserta wanita uzur dialu-alukan dan boleh menyertai acara di sebelah kiri bahagian luar Dewan Solat Utama.
10 Adakah FTIM 2026 sesuai untuk warga yang pergerakannya terhad?
Ya, Masjid Putra dilengkapi dengan kemudahan akses kerusi roda, lif, ramp, dan laluan khas bagi memastikan warga emas atau individu yang pergerakannya terhad dapat menghadiri program dengan selesa dan selamat.
