Tuan Guru Dr. Muhammad Yusry bin Mazlan Al-Hafiz ialah seorang tokoh dakwah dan pegawai kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Beliau aktif menyampaikan kuliah pengajian Islam, khususnya dalam bidang Al-Quran, Usuluddin, Tauhid, dan Tasawuf. Selain itu beliau mengasaskan dan memimpin Pondok Pesantren Darul Tauhid yang terletak di Terachi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Kini berkhidmat sebagai Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dan sering diundang sebagai panel forum perdana, majlis ilmu, dan program bual bicara media.
Sesi Acara
9.00 pagi – 1.00 petang
Muzakarah Ulama Turath Kebangsaan (Sesi 3 & Penutup)
Ulasan Pembentangan Kedua “Mengarusperdanakan Sistem Pondok: Ruang dan Peluang”
“Mengerah Kekuatan Turath Menghadapi Cabaran Dunia Moden”
Acara Tertutup


