13 September 2026

7.45 malam – 10:45 malam

Dewan Solat Utama, Masjid Putra, Putrajaya

Majlis Perasmian FTIM 2026 disempurnakan oleh YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwan Agama), dengan ucapan alu-aluan daripada YAB Dato' Seri Amirudin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor dan ucapan pembukaan daripada SS Tuan Ahmad Fauwaz bin Ali @ Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan. Program ini disusuli ceramah khas oleh Ustaz Wadi Annuar bertajuk “Erti Kebahagiaan dengan Mengenal Allah”. Acara kemuncak ini terbuka kepada umum dan dijangka menghimpunkan ribuan peserta.

Jadi seorang di antara 50,000 peserta kami tahun ini! Rebut peluang terawal untuk bersama para penuntut, ilmuwan dan alim ulama di bawah teduhan majlis ilmu yang penuh barakah ini.