Baba Haji Ghazali bin Ahmad al-Fathani, merupakan Ketua Lajnah Fatwa Majlis Agama Islam Patani Pondok Sekam, Thailand. Beliau turut mengetuai dan menjadi guru besar di Pondok Maahad al-Islami li Dirasat al-Islamiah. Tokoh yang lebih dikenali dengan nama “Baba Li” ini terkenal sebagai ulama yang mahir tentang kitab-kitab karangan ulama nusantara dan sering dijemput memberikan syarahan serta ceramah di Malaysia.


