K. H. Abdul Ghafur bin Maimoen Zubair (Indonesia)

K. H. Abdul Ghafur bin Maimoen Zubair yang lebih dikenali sebagai Gus Ghofur merupakan ulama tafsir terkenal dan pengasuh Pondok Pesantren al-Anwar yang diasaskan oleh bapanya, Kiyai Haji Maimoen Zubair, salah seorang tokoh ulama paling berpengaruh dalam sejarah Islam Indonesia. Beliau merupakan graduan doktor falsafah dari Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang tafsir dan merupakan antara tokoh organisasi Nahdatul Ulama (NU), Indonesia.

Sesi Acara

17 September 2026 Khamis
6.00 pagi – 7.00 pagi Kuliah Subuh Dewan Solat Utama, Masjid Putra
18 September 2026 Jumaat
7.45 malam – 8.30 malam Kuliah Maghrib Dewan Solat Utama, Masjid Putra